Dapurku

cakes,food,delicious

Blog Resipi Post New Entry

Kek Keladi

Posted by Zetta on January 23, 2010 at 9:39 AM

Resipi Kek Lapis Keladi



Sebenarnya kek ini menjadi kegemaran keluargaku.. namun sebelum ini, kami hanya dapat menikmati kek keladi dengan menempah kek ini di kedai.  Namun, hari ini terdetik dihatiku untuk mencuba resipi kek lapis keladi kegemaran keluargaku.. dengan meminta resipi dari seorang kawan.. dengan penuh minat dan keyakinanbahawa aku juga boleh mencuba resipi ini, inilah hasilnya kek lapiskeladi… dan disini aku sertakan resipi yang telah diberikan oleh seorang kawanku..

 

Bahan-bahan Untuk Kek


·  400 gram sponge cake mix (perisa vanilla)

·  5 biji telur (A@ B)

·  1/2 sudu besar ovellatte

·  40 ml air

 

·  TOPPING UNTUK KELADI:

 

·  1/2 kg keladi (lebih kurang lah)

·  1/2 cawan gula

·  3 biji telur

·  120 gram santan pekat

·  5 sudu tepung gandum

·  20 gram tepung jagung

·  300 ml air

·  25 gram gelatin

·  1/2 sudu teh garam

·  Beberapa titik pewarna ungu

·  Kelapa kering sebagai hiasan


Cara Memasak


 Untuk Kek


1.       Panaskan oven pada suhu 170 darjah selama 15minit.

2.       Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang.

3.       bakar pada suhu 170 darjah selama 40 minit.

4.       Setelah kek masak, simpan didalam peti ais selama 3-4 jam.

5.      Kemudian , Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat.


Topping keladi


6. Kupas keladi dan potong kecil. Masukkan air dalam periuk dan rebus hingga empuk.

7. Selepas itu, blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk. Campurkan santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin,pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak.

8. Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya.

9.  Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulanguntuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.

10. Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek.

11.   Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.

 


Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Google Translator

Testimonials

  • "saya sofea...puan trm kasih krn sediakan web ini dan sudi berkongsi resipi2 yang ada. saya sudah mencuba resipi kek lapis keladi tu.. yum yum.. semua suka terutamanya anak-anak ..."
    sofea
    petua pau lembut
  • "wah bgs jgk website ni bolehlh saya cuba resepi2 puan Zetta."
    Nurul
    wow..

Tabung Ihsan

Subscribe To Our Site