Dapurku

cakes,food,delicious

Blog Resipi Post New Entry

Pau

Posted by Zetta on January 23, 2010 at 9:59 AM



  Pau ini sebenarnya adalah satu jenis kuih kegemaranku sendiri. Bilasebut sahaja pau, mesti telan air liur dibuatnya. Terutamanya pau yang gebu dan lembut.. aduh…. Teringat zaman persekolahan, tiap-tiap hari apabila balik sahaja dari sekolah, aku mesti nak pergi beli pau kacang dekat depan hospital. Sebut shaja Pau Azmi, mesti geng-geng aku teringat punya zaman persekolahan… Pau tu memang sedap… besar, gebu dan lazat. 

Namun bila lepas waktu persekolahan, aku masih mencari-cari dimanakah dapatku jumpai pau yang sesedap itu. Akhirnya, aku sendiri mencuba resepi pau kacang. Kali pertama mencuba, rasanya ok, Cuma kata suamiku,bentuknya kurang menarik. Setelah kali kedua mencuba, hasilnya lebihbaik… Alhamdulillah… sekarang aku ingin berkongsi juga resipi pau yang sedap dan lazat ini… selamat mencuba rakan-rakan

 

Resepi Pau


500 g tepung gandum atau tepung pau

7 g Yis Segera Mauripan

100 g (1/2 cawan) gula

50 g minyak jagung

200 g (1  cawan) air


Cara Membuatnya:


·         Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air.


·        Gaulkan semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebutdengan     tangan selama 10 hingga 15 minit atau sehingga adunan menjadilicin dan kenyal. Pastikan doh yang di uli lembut.


·         setiap satu, buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 10 minit.


·         Canai adunan dan isikan inti di bahagian tengah adunan.


·        Tutup inti dengan mencantumkan hujung adunan tadi menurut bentuk yangdisukai. Letakkan setiap adunan tadi diatas sekeping kertas kalis grisempat segi. 9saya suka letak atas daun pisang lagi wangi baunya paunanti)


·         Biarkan adunan pau selama kira-kira 35 minit.


·         Letakkan semua kepingan adunan tadi di dalam pengukus dan kukuslah selama 10-15 minit pada suhu yang tinggi.

 

 


Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Google Translator

Testimonials

  • "saya sofea...puan trm kasih krn sediakan web ini dan sudi berkongsi resipi2 yang ada. saya sudah mencuba resipi kek lapis keladi tu.. yum yum.. semua suka terutamanya anak-anak ..."
    sofea
    petua pau lembut
  • "wah bgs jgk website ni bolehlh saya cuba resepi2 puan Zetta."
    Nurul
    wow..

Tabung Ihsan

Subscribe To Our Site