Dapurku

cakes,food,delicious

Blog Resipi Post New Entry

Kek Lapis 3 Rasa

Posted by Zetta on January 23, 2010 at 10:11 AM

Kek Lapis 3 rasa



Sebenarnya kek lapis ini adalah cubaan pertama, warna yang dibuat adalah kurang menarik dan kemasannya juga belum lagi kemas. Namun, kek ini rasanya sedap dan tetap mendapat pujian daripada suami dan keluarga mertua. (aku buat sempena aidiladha baru-baru ini). Kalau ada sesiapa ingin memberi tip agar kek lapis ini kelihatan lagi cantik dan mantap.. amat dialu-alukan…

 

Bahan A


2ketul Butter

1 sudu besar ovelette

2 gelas gula castor

1sudu esen vanilla


Bahan B


10 biji kuning telur

5 biji putih telur

1 tin susu pekat manis

2 1/2 cawan tepung hong kong


Bahan C


Perisa pisang, strawberi dan pandan


Cara cara membuat bahan2 -


Pukul Bahan A hingga Kembang - menjadi putih

Pukul Bahan B berasingan - telor dahulu,baru masok susu pekat,seterusnya tepung hong kong

Campurkan kedua bahan A & B

bahagi 3 bahagian dan gaul mengikut perisa bahan C

Bakar dlm oven selapis selapis hingga habis,di taburkan kekacang,coklat chips


Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Google Translator

Testimonials

  • "saya sofea...puan trm kasih krn sediakan web ini dan sudi berkongsi resipi2 yang ada. saya sudah mencuba resipi kek lapis keladi tu.. yum yum.. semua suka terutamanya anak-anak ..."
    sofea
    petua pau lembut
  • "wah bgs jgk website ni bolehlh saya cuba resepi2 puan Zetta."
    Nurul
    wow..

Tabung Ihsan

Subscribe To Our Site